Buletin

PEMANDU DARI AFRIKA SELATAN CUBA MELARIKAN DIRI DARI POLIS DENGAN CARA TERSENDIRI

Seorang wanita berusia 27-tahun telah ditahan polis di wilayah Gauteng, Afrika Selatan kerana cuba mengelak daripada disaman. Apa yang dilakukan oleh wanita ini sampai kena masuk lokap?

Laporan The Times menyatakan yang sorang anggota olis trafik tempatan cuba menyaman wanita terbabit kerana menggunakan telefon tanga sewaktu memandu di kawasan perlombongan Krugersdorp. Tapi wanita tersebut tidak mahu menerima saman tersebut dan cuba memecut lari dengan pegawai polis tersebut berpaut pada bahagian hud kereta jenis Audi yang sedang bergerak kerana tidak sempat mengelak.

Rakaman daripada kenderaan lain memang kelihatan menakutkan tapi pada masa yang sama agak kelakar bila suara pegawai polis terbabit dapat didengar menyuruh pemandu wanita tersebut berhenti.

Tapi adegan itu tidak kekal lama bila sebuah van polis segera memintas dan seterusnya menghalang wanita itu daripada terus melarikan diri. Pemandu wanita itu kemudiannya ditahan dan didakwa dengan pelbagai tuduhan antaranya ialah gagal memberi kerjasama kepada polis trafik, memandu secara cuai dan melarikan diri dari ditahan.

Pemandu terbabit bukan hanya membahayakan pengguna lain dan nyawa pegawai polis tetapi ia juga dilakukan kerana sifat sombong, demikian ulasan pegawai jabatan trafik Gauteng, Ofentse Morwana sewaktu ditanya tentang insiden itu.

Afrika Selatan dan wilayah Gauteng, termasuk Johannesburg dan Pretoria mempunyai angka kematian akibat kemalangan kereta antara tertinggi di dunia. The Times melaporkan lebih 14,000 nyawa terkorban di jalan raya setiap tahun.

Tapi nasib baiklah pegawai polis terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan selepas perjalanan yang tidak dirancang diatas hud penutup enjin Audi. Boleh tahan jugak pemandu Afrika Selatan ya, kalau di Malaysia rekod setakat ni ialah membiarkan anak buat aksi Superman atas penutup bonet belakang sambil langgar lampu merah. Tapi ini semua contoh tak baik dan tak wajar dicontohi, korang yang buat benda ni sebagai challenge pulak nanti.    

Google ads
Back to top button