
JPJ KEDAH TAHAN HONDA CIVIC KLON, TAK TAKUT UNDANG-UNDANG
Unit Operasi Pool B (Aman6) Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah berjaya mengesan dan menahan sebuah kenderaan jenis Honda Civic yang disyaki kenderaan klon.
Penahanan tersebut dibuat di dalam satu sekatan jalanraya yang diadakan di KM8 Lebuh Raya Utara Selatan – Bukit Kayu Hitam.
Menurut JPJ Negeri Kedah, kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan tiga puluhan.

Tambahnya lagi, kenderaan berkenaan telah disita dibawah seksyen 64(1) APJ 1987 dan dibawa balik ke pejabat untuk siasatan lanjut.
Melalui sekatan jalanraya itu, daripada 154 kenderaan yang diperiksa, 26 buah darinya telah diambil tindakan dengan 69 notis pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan dikesan termasuklah tidak mempunyai lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, cermin gelap, muatan bahaya serta kesalahan teknikal kenderaan.
Dalam pada itu, penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan undang – undang jalanraya sentiasa dipatuhi demi kebaikan semua pihak. – JPJ Negeri Kedah