
5 SEBAB KERETA ANDA MENGHASILKAN BUNYI BERDENGUNG KETIKA DIPANDU
Bunyi yang berdengaung ketika memandu adaah satu perkara yang sangat menyakitkan telinga penulis, dan dari segi psikologi bunyi ini akan menyebabkan kita penat apabila memandu pada jarak jauh disebabkan terdedah pada bunyi.
Kadangkala anda akan perasan yang bunyi berdengung ini akan bertambah kuat apabila kelajuan kereta semakin meningkat. Jadi kami akan cuba senaraikan beberapa punca yang menyebabkan bunyi berdengung ini berlaku
1. Tayar kereta bengkak atau rosak – mungkin anda pernah melanggar lubang pada permukaan jalan yang cukup dalam, sehingga struktur tayar telah rosak dan menjadi bengkak. Tayar yang bengkak ini akan membenjol pada bahagian tertentu menjadikan tayar bukan lagi berbentuk donut.
Agihan berat tayar akan berubah menjadikan tayar tidak lagi berputar dengan lancar. Jika dibiarkan tayar akan botak setempat dan perlu diganti dengan segera. Jika tayar bengkak di beberapa bahagian, besar kemungkinan penyerap hentakan sudah rosak dan perlu juga diganti
2. Rim bengkok – ya rim kereta anda sekuat mana pun boleh menjadi bengkok jika terlanggar lubang yang dalam. Cara mudah untuk mengesan rim bengkok ialah dengan melakukan proses imbangan tayar (tyre balancing) dan sekiranya tayar memerlukan terlalu banyak timah untuk diimbang, maka rim tersebut boleh dikategorikan sebagai rosak
Rim biasa dihasilkan dengan kaedah aluminium aloi casting, boleh dibaiki namun kualiti pembaikan adalah bergantung pada bengkel. Kalau ada duit, lebih baik tukar sahaja
3. Wheel bearing hub rosak – dalam komponen ini biasanya ia mengandungi ball bearing atau alas bebola besi yang bertujuan melicinkan pergerakan roda. Alas bebola besi ini walaupun kuat tapi lama kelamaan boleh juga rosak dan menghasilkan bunyi yang menyakitkan telinga.
Sesetengah wheel bearing ini boleh digantikan dengan menukar ball bearing sahaja dan lebih murah untuk diganti, manakala ada sesetengah rekaan memerlukan penukaran komponen termasuk knuckle yang memerlukan belanja yang besar.
4. Bearing dalam kotak gear ada problem – ya isu ini pernah terjadi pada kenalan penulis dimana ball bearing yang dipasang pada kotak gear telah rosak. Sama seperti isu di atas, ball bearing ini perlu diganti bagi mengatasi masalah bunyi yang dihasilkan
5. Takde duit nak betulkan semua masalah – ya anda dah tau semua masalah di atas, tapi disebabkan sekarang ialah di tengah bulan jadi kita biarkan saja dulu bunyi ini sehingga hujung bulan. Proses pembaikan akan dijalankan selepas mendapat gaji


