Buletin

JPJ SEDIA LAKSANAKAN CCTV AI – KESAN KESALAHAN LALU LINTAS LEBIH JELAS

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang memasang sistem kamera litar tertutup dengan kecerdasan buatan (CCTV AI) di persimpangan lampu isyarat.

Sistem berkenaan dipasang bagi mengesan kesalahan lalu lintas oleh pengguna jalan raya secara lebih jelas.

Tambahan, CCTV AI mampu merakam pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan, termasuk kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Dalam pada masa yang sama, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan pelaksanaan tersebut dan menyatakan bahawa sistem itu bukan perkara baharu.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pelaksanaan CCTV AI sudah diluluskan untuk dilaksanakan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan lagi.

“Sistem itu diperkenal sebagai langkah proof of concept,” katanya.

Terdahulu, CCTV AI itu kini mula dipasang di persimpangan lampu isyarat Jalan Pujut Miri, berhampiran Bintang Megamall, Miri, Sarawak awal bulan ini. – The Star

Google ads
Back to top button