" "
Buletin

JUALAN TERUK, HYUNDAI HENTI VELOSTER DI PASARAN AS

Hyundai secara rasmi memberhentikan jualan varian Veloster kecuali flagship N di Amerika Syarikat (AS).

Pada bulan April, terdapat laporan mengatakan syarikat pengeluar Korea Selatan itu akan menghentikan beberapa varian Veloster berikutan jualan kurang memberansangkan di AS.

Begitupun, Hyundai mendedahkan versi Veloster terbabit akan kekal sehingga model tahun 2022 tetapi nampaknya ia tidak menjadi kenyataan .

Dalam satu kenyataan pada Car and Driver, jurucakap Hyundai mengesahkan model Veloster 2.0, 2.0 premium, R-Spec, Turbo dan Ultimate tidak akan dijual untuk model 2022.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan berikutan Hyundai hanya menjual 6,785 unit Veloster di pasaran AS sepanjang 2020. –carscoops

Google ads
Back to top button