Buletin

HYUNDAI KONA DIJANA KUASA SISA BUANGAN

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak mula memberi perhatian kepada melestari alam sekitar agar dunia lebih bersih.

Bahkan, tidak terkecuali ada yang mengambil tindakan drastik dalam memastikan sasaran berkenaan dapat dicapai dengan baik.

Bagi sebuah syarikat rawatan kumbahan sisa buangan, Urban Utilities (UU), pendekatan inovatif baharu digunakan dalam menjana kenderaan elektrik.

Syarikat berpangkalan di Queesland, Australia itu, menjana Hyundai Kona elektrik dengan menggunakan sisa buangan ataupun tahi. Iyaa betul korang tak salah baca.

Ini bukanlah kenderaan pertama menggunakan sisa buangan.

Pada empat tahun lalu, UU pernah memperkenalkan Mitsubishi elektrik yang dijana sisa buangan dan model Hyundai kali ini dikenali sebagai Number Two.

Menurut jurucakap syarikat terbabit, ia memerlukan jumlah yang sangat banyak sisa buangan untuk menjana kenderaan tersebut.

“Secara purata, sisa buangan seseorang mampu menjana elektrik untuk memastikan kenderaan bergerak sejauh 450 meter,” katanya.

Kenderaan tersebut bukanlah dijana menggunakan tahi manusia tetapi lebih kepada sisa buangan ditukar kepada elektrik di kilang syarikat berkenaan.

Selepas itu, kenderaan akan dicas dan secara tidak langsung menggunakan tenaga berpotensi yang gagal ditukar oleh badan manusia.

Katanya mengenai faedah penggunaan inovatif baharu berkenaan, penjimatan sebanyak hampir AS$1.3 juta (RM5.4 juta) dapat dilakukan dengan menggunakan sisa buangan. – carbuzz

Google ads
Back to top button