Motosikal

KAIN BERPINTAL PADA TAYAR MOTOSIKAL, NASIB BAIK TAKDE YANG SERIUS

Satu klip video yang menunjukkan bahagian celah kelangkang seorang remaja lelaki tersepit pada tayar motosikal baru-baru ini tular di media sosial di Indonesia. 

Menurut laporan Suara.com, kain yang dipakai oleh remaja berkenaan dikatakan berpintal pada tayar, sekali gus menyebabkan badannya terseret masuk ke bahagian belakang motosikal tersebut. 

Dalam video itu, kelihatan mangsa berada dalam posisi mengangkang sambil tubuhnya dipegang oleh seorang lelaki lain. Sementara orang ramai yang melintasi jalan itu turut berhenti untuk membantu. Lokasi kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan. 

Video itu sudah ditonton lebih lima ribu kali dengan netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Semoga semuanya baik-baik sahaja dan bahagian sulitnya masih boleh berfungsi di masa hadapan,” tulis seorang netizen. “Ngilunya,” tulis seorang lagi. – Agensi

Google ads
Back to top button