Motosikal

VEGA BIKIN TUK-TUK ELEKTRIK

Syarikat berpangkalan di Sri Lanka, Vega bakal membangunkan kenderaan roda tiga elektrik ETX (Electric Three-Wheeler) ataupun lebih dikenali sebagai Tuk-Tuk.

Menurut syarikat itu, pasaran untuk kenderaan elektrik roda tiga menjelang tahun 2025 dianggarkan bernilai AS$30.12 bilion (RM126 bilion).

Nilai itu dijangka terus meningkat kepada AS$32.65 bilion (RM135 bilion) pada 2027.

Kenderaan itu akan menggunakan pek bateri litium besi fosfat (LFP) berharga rendah dan mampu milik.

Setiap kenderaan akan dipasang panel solar atas bumbung untuk membantu pengecasan semula bateri.

Panel solar itu dikatakan mampu mengurangkan masa dan penggunaan tenaga elektrik semasa pengecasan semula sekali gus meringankan kos ditanggung pemilik. – autoevolution

Google ads
Back to top button