Artikel Pilihan

KENAPA KERETA ELEKTRIK PERLUKAN TAYAR KHAS?

Kereta elektrik boleh menggunakan tayar yang digunakan oleh kereta dengan enjin pembakaran dalaman, tapi sedikit sebanyak ia akan menjejaskan prestasi kereta elektrik. Sebagai permulaan, kereta elektrik sebenarnya lebih berat berbanding dengan kereta konvensional disebabkan komponen bateri dan juga motor elektrik.

Semua beban ini tadi akan ditanggung oleh 4 unit tayar secara sekata, dalam kes kereta elektrik bateri biasa akan dipasang pada lantai cesi memberi kelebihan agihan berat yang sekata pada semua tayar. Sebagai contoh Nissan Leaf EV adalah seberat 1544kg, menyamai berat sebuah SUV segmen C

Dari segi prestasi, kereta elektrik boleh menghantar semua tork yang dijana oleh motor elektrik kepada tayar dari 0 RPM (instant RPM). Keadaan ini sangat berbeza dengan kereta biasa yang biasa menghantar tork maksimum pada RPM yang lebih tinggi biasanya antara 4000-6000 RPM bagi kereta berkuasa petrol

Jadi kereta elektrik memerlukan tayar yang memiliki cengkaman yang sangat bagus ketika mula mula memecut, jika tidak tayar tadi hanya akan spin sahaja. Kereta elektrik juga sebenarnya sangat senyap disebabkan ia hanya menggunakan motor elektrik dan sistem gear tunggal. Sistem mekanikal yang ringkas ini menjadikan kereta elektrik senyap ketika beroperasi

Keadaan ini menyumbangkan NVH yang bagus kepada penumpang kerana penumpang dan pemandu tak perlu dihidangkan dengan bunyi mekanikal seperti enjin. Masalahnya pula ialah, keadaan yang terlalu senyap ini juga menjadikan bunyi tayar (tyre noise) menjadi semakin kuat. Bagi kereta biasa, bunyi tayar ini biasa “ditutup” dengan bunyi enjin

Keadaan ini memerlukan pengeluar tayar menghasilkan tayar yang lebih senyap berbanding dengan tayar biasa. Akhir sekali bagi memanjangkan jarak perjalanan, tayar kereta EV biasa menggunakan pekali geseran yang lebih rendah (dynamic friction coefficient). Menggunakan tayar biasa akan menyebabkan kereta elektrik kehilangan sehingga 20% jarak perjalanan untuk setiap kali pengecasan penuh

Foam khas digunakan untuk mengurangkan bunyi

Tapi pada masa yang sama, tayar geseran rendah ini mengurangkan cengkaman dengan permukaan jalan terutama di kawasan selekoh. Majalah Road&Track menguji Vw Golf-emenukar tayar OEM (Bridgestone Ecopia EP422) kepada Michelin Pilot 4S bagi menguji tayar ini. Di atas skidpad, tayar Michelin berjaya mencatatkan cengkaman 1.0g berbanding tayar OEM 0.7g sahaja.

Namun ia menyebabkan jarak perjalanan Golf-e menjadi semakin rendah, dari 201km untuk satu pengecasan penuh menjadi 160km sahaja. Jadi bagi pemilik kereta elektrik, adalah penting untuk mereka memilih tayar yang khusus untuk kegunaan EV sahaja. Malah rekaan rim juga boleh mempengaruhi jarak perjalanan sehingga 3%

Sebagai contoh, Michelin menghasilkan tayar khusus untuk EV yang dikenali dengan nama Michelin EV Tyre dan Michelin Pilot Sport EV untuk kereta elektrik prestasi tinggi. Tayar ini biasanya 20% lebih senyap, memberi jarak tambahan sehingga 60km serta mengekalkan prestasi yang bagus di selekoh

Goodyear Amerika juga telah memasarkan tayar khusus untuk pengguna Tesla dari jenis winter, all season dan juga prestasi tinggi. Continental pula sedang membangunkan tayar dari jenis airless bersama-sama dengan General Motor yang bakal dipasarkan dalam beberapa tahun lagi. Pada pandangan kami, kos menukar tayar EV ini tidak murah berbanding kereta biasa

Google ads
Back to top button