Buletin

ISUZU BAKAL PERKENAL ENJIN 1.9 LITER Ddi BLUE POWER KE MALAYSIA – UNTUK D-MAX DAN MU-X

Isuzu Malaysia hari ini mengesahkan bahawa ia akan membawa enjin 1.9 liter Blue Power ke pasaran Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Enjin diesel dengan sesaran paling kecil itu dijangka dipasang pada model trak pikap D-MAX dan SUV MU-X. Sekali gus menjadi tambahan kepada enjin diesel 2.5 liter sedia ada.

Enjin 1.9 liter Ddi Blue Power RZ-4E-TC sebelum ini pernah dipamerkan kepada umum pada acara KLIMS 2018.

Rangkaian kuasa itu unik kerana Isuzu telah mereka semula ruang pembakaran jenis colothoid. Ia juga dilengkapi bahan anti-geseran Diamond-Like-Coating dan unit pengecas turbo yang efisien.

Hasilnya, enjin tersebut mampu memberi peningkatan kuasa sehingga 10 peratus, penambahan tork sebanyak 9.4 peratus dan 8.2 peratus.

Enjin yang ringan itu juga menawarkan penjimatan bahan api mencecah 19 peratus berbanding enjin 2.5 liter Ddi VGS Turbo.

‘Kami kini berada dalam fasa ujian dan perancangan terakhir untuk memperkenalkan enjin 1.9 liter Ddi Blue Power di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

Dalam perkembangan berkaitan, Isuzu Malaysia ada menawarkan dua pakej aksesori original kepada para pelanggan. Dikenali sebagai Pakej Titanium dan Pakej Robust, ia pasti memberikan imej lebih menonjol kepada pelanggan.

Google ads
Back to top button