Motosikal

POL ESPARGARO DIDENDA RM296,400 KERANA MEMANDU TANPA LESEN DI SEPANYOL

Pelumba pasukan KTM MotoGP, Pol Espargaro dikenakan denda sebanyak 64,800 euro oleh Mahkamah Tinggi Sepanyol kerana didakwa memandu tanpa lesen. 

Pol ditahan oleh polis di Granollers, dekat Barcelona pada tahun 2016 ketika memandu tanpa lesen yang sah kerana dia sudah hilang semua mata berikutan kesalahan trafik yang dilakukannya sebelum ini. 

Kredit foto: Gold & Goose / Red Bull

Sebenarnya, Pol ada lesen memandu, tetapi lesen itu dari Andorra di mana dia telah menetap di sana sejak tahun 2014, sebab itulah dia mengemukakan rayuan atas kesnya. 

Bagaimanapun, mahkamah menolak rayuan Pol kerana pihak berkuasa trafik (General Directorate of Traffic, DGT) sebelum ini pernah menghantar notis kepadanya bahawa lesen sudah dibatalkan. 

Mahkamah juga menyatakan walaupun Pol mungkin mempunyai lesen antarabangsa, ini tidak bermakna dia kebal terhadap undang-undang jika melakukan kesalahan di Sepanyol. 

Pendek kata, Pol memang tiada pilihan selain daripada membayar denda tersebut. 

Tags
Google ads
Back to top button