Buletin

MALAS AMBIL LESEN MEMANDU. LELAKI INI BUAT SENDIRI, TULIS TANGAN JER…

Jenayah pemalsuan dokumen bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi, laporan ini mungkin membawa istilah tersebut ke satu tahap yang baru. 

Sebabnya, seorang lelaki di Liuzhou, China berjaya membuat polis yang menahannya terpinga-pinga apabila menyerahkan lesen yang ditulisnya sendiri. Tak tipu beb. Ini memang benar-benar berlaku. Hahaha… 

Insiden yang melucukan itu kemudian tular di dalam media sosial di China apabila gambar ‘lesen’ dengan tulisan tangan dan sekeping gambar pasport itu tersebar. Lebih menghairankan, lelaki yang hanya dikenali sebagai Tang itu memberitahu polis dia harap tiada siapa yang akan melihat lesen palsunya itu dengan teliti. 

Tang juga mengaku terlalu malas untuk mendapatkan lesen secara sah. Memandangkan mengambil lesen susah kerana perlu perlu menjalani peperiksaan dan sebagainya, jadi dia dapat idea untuk menghasilkannya sendiri. 

Dia kemudian membeli sarung lesen original. Tetapi bahagian dalamnya diselitkan dengan sekeping kertas yang ditulis dengan semua maklumat peribadi sebelum menampal gambarnya. 

“Dia bersikap tenang ketika menyerahkan lesen itu. Sarung lesen memang ori, tetapi saya terkejut apabila melihat isinya. Saya sudah menjadi pegawai polis selama bertahun-tahun dan saya tidak pernah melihat lesen seperti ini. Memang sangat kelakar,” kata seorang pengawai polis yang menahan Tang. 

Motosikal Tang akhirnya dirampas diarah supaya melaporkan diri ke jabatan polis trafik keesokan harinya dan dikenakan denda. 

Google ads
Back to top button