Motosikal

AVETA RANGER 110 RASMI DILANCARKAN. CKD SETIA ALAM, RM3,586 OTR TERMASUK INSURANS

Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. (Aveta) akhirnya melancarkan model terbaharu iaitu Aveta Ranger 110 ke pasaran tempatan.

Model ketiga dari Aveta Global Marketing itu dijual pada harga RM3,546 seunit (di atas jalan termasuk insurans) dan telah pun mula diedarkan kepada kira-kira 70 wakil jualan di seluruh negara.

Aveta Ranger 110 dipasang secara tempatan (CKD) di kilangnya di Setia Alam. Dua model lain iaitu DY90 dan RX110 turut dipasang di sana.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin empat lejang satu silinder bersesaran 110cc dengan sistem penyejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar.

Kuasa yang dihasilkan adalah 7.8hhp @ 7,500rpm dan tork maksimum 9Nm @5,500rpm. Ia dilengkapi tangki minyak berkapasiti 3.5 liter. Selain menggunakan sistem penghidup elektrik dan tendang dengan sistem pencucuh CDI.

Aveta Ranger 110 menggunakan saiz tayar 2.25 – 17 (depan) dan 2.50 – 17 (belakang) bersama sistem brek jenis gelendong di depan dan belakang.

Ujian tunggangan yang dilakukan mendapati Aveta Ranger 110 memenuhi spesifikasi kenderaan cekap tenaga.

Selain dari model Aveta Ranger 110, Aveta Global Marketing dikatakan sedang menguji beberapa model baharu untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun 2021.

Masih belum dapat dipastikan model dan sesaran motosikal yang akan diperkenalkan itu kerana ia masih di peringkat akhir bagi pengkelasan.

GALERI

Google ads
Back to top button