Buletin

KIA BAKAL PERKENAL LOGO BAHARU. LEBIH MENARIK DAN MODEN

Logo syarikat kereta merupakan sebahagian besar daripada identiti jenama yang ditukar.

Baru-baru ini, Volkswagen menukar logo mereka yang dilihat lebih ringkas dan elegan. Dalam banyak-banyak logo, logoa KIA yang ringkas dengan perkataan KIA berwarna hitam di dalam gelung berbentuk oval sering dikritik.

Bentuk oval itu memang tidak jauh berbeza dengan logo Ford.

Namun, semua itu bakal berakhir apabila KIA dilapor mungkin akan memperkenalkan logo baharu yang lebih menarik dan moden. KIA dikatakan telah memfailkan satu paten reka bentuk logo baharu kepada pihak Perkhidmatan Maklumat Hak Harta Intelek Korea (KIPRIS).

KIA sudahpun memohon tanda dagang itu sejak Julai lagi, cuma sekarang ia heboh diperkatakan di internet.  

Jika benar, logo baharu itu jelas lebih moden, sesuai dengan reka bentuk kenderaan yang sudah melalui evolusi, sesuai dengan citarasa pengguna di seluruh dunia.

Google ads
Back to top button