Buletin

INI BRABHAM BT62 COMPETITION, V8 TANPA TURBO 700HP!

Brabham merupakan satu nama besar di dalam dunia perlumbaan dengan penglibatan dalam IndyCar, Formula 1, Formula 3 dan Formula 5000.

Brabham atau nama rasminya Motor Racing Developments Ltd. diasaskan oleh dua individu dari Australia iaitu Jack Brabham dan Ron Tauranac sebagai pengeluar kereta perlumbaan di Britain dan pasukan F1.

Sepanjang 30 tahun terlibat di dalam perlumbaan F1, Brabham memenangi empat kejuaraan pemandu dan dua kejuaraan pengeluar.

Pada tahun 60an, Brabham adalah pengeluar kereta open wheel (kereta formula) terbesar dunia untuk pasukan lumba dan setakat 1970 menghasilkan lebih daripada 500 buah kereta.

Pada tahun-tahun berikutnya syarikat beberapa kali bertukar pemilik dan menghadapi beberapa kontroversi dan masalah dengan kemuncak pada tahun 1993.

Pada 2014, David Brabham yang merupakan anak kepada Sir Jack Brabham mengumumkan penubuhan Brabham Racing dengan perancangan untuk kembali aktif ke dunia perlumbaan.

Beliau kemudian pada Mei 2018 mengumumkan penubuhan Brabham Automotive dan produk pertama syarikat ialah kereta lumba Brabham BT62.

Ibu pejabat Brabham Automotive bukan di UK seperti syarikat ayah dan rakannya dahulu tetapi di Adelaide, Australia.

Walaupun BT62 khusus untuk litar lumba, Brabham menawarkan pilihan kepada pembeli untuk menukarnya kepada versi jalanan.

Pada 14 Mei 2020, Brabham Automotive mengumumkan unit pertama BT62 Competition telah pun siap dan dihantar kepada pemiliknya.

Unit ini dibina untuk perlumbaan dan dimiliki oleh pasukan HPR di UK bagi bersaing di dalam Kejuaraan Britcar Endurance.

BT62 adalah sebuah kereta eksklusif dan dihadkan kepada 70 unit sahaja, dibina dengan tangan dan dibuat berdasarkan permintaan.

Pelanggan diberi peluang untuk melawat kilang dan memasang komponen serta peralatan kereta mereka semasa proses pengeluaran.

Cara perhubungan dengan pelanggan ini adalah selari seperti yang dilakukan Sir Jack Brabham dan Ron Tauranac pada era 60an dulu.

Berikut ialah ciri-ciri asas Brabham BT62 Competition:

  • Enjin 5.4 liter aspirasi normal V8 berkuasa 700hp (jenis enjin dirahsiakan).
  • Transmisi enam kelajuan sequential.
  • Kerangka (sel) keselamatan dari chromoly ringan, badan gentian karbon. Casis piawaian FIA.
  • Daya mendap (down force) 1200 kg
  • Sedia untuk dilumba dan lengkap dengan data onboard dan sistem telemetri.
  • Rim ringan dengan tayar slick perlumbaan Goodyear (tayar basah dibekalkan).
  • Stereng telematik gentian karbon.

Selain BT62 Competition, Brabham menawarkan dua lagi pakej untuk pelanggan iaitu Ultimate Track dan Road Compliant.

Pembeli BT62 Competition boleh menaik taraf sepenuhnya kereta mereka kepada lagi dua spesifikasi pada bila-bila masa.

Harga Brabham BT62 Competition ialah £750,000 (RM3,984,678) termasuk cukai dan bergantung kepada spesifikasi akhir.

Foto unit ujian

BACA: IBARAT JET PEJUANG DALAM DUNIA LAYANG-LAYANG – PERUMPAMAAN LOTUS EVIJA

BACA: ZENVO TSR-S 1177BHP! KERETA HIPER BUATAN DENMARK

BACA: TUSHEK TS 900 H APEX, KERETA HIPER 1,400 NM DARI SLOVENIA

Google ads
Back to top button