,
Buletin

KIA SORENTO HIBRID MQ4 TAMPIL DENGAN RUANG KABIN ULTRA MODEN

Memandangkan kemunculan Sorento baharu semakin dekat, Kia mula menyebarkan maklumat tambahan mengenai SUV bersaiz pertengahan generasi keempatnya yang juga dikenali dengan kod MQ4.

Apa yang menarik mengenai model tersebut ialah papan pemuka yang telah direka semula. Ia bagi menampung skrin digital berkembar dengan kluster instrumen dan sistem infohibur yang dipasang bersebelahan.

Corong pendingin hawa menegak pada konsol tengah tidak lagi mengapit skrin sentuh kerana dipindahkan ke sisi butang kawalan suhu kereta.

Tuil gear transmisi automatik pula digantikan dengan shifter berputar yang lebih moden dan memakan sedikit ruang di antara tempat duduk depan. Ia disambungkan dengan shifter berputar kecil berfungsi sebagai pemilih mod pemanduan.

Ruang kabin itu juga dipasang dengan butang tambahan untuk brek parkir elektrik, butang on/off kereta serta ciri pemanasan stereng. Fungsi lain yang dapat dilihat ialah pelaras kedudukan kerusi.

Khabar angin mengatakan Sorento 2021 akan ditawarkan dengan beberapa pilhan enjin. Antaranya ialah enjin petrol 2.5 liter yang kemudian dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik enam kelajuan bersama sistem pacuan roda belakang.

Satu lagi enjin ialah petrol turbocharged bersesaran 1.6 liter yang dipadankan kotak gear enam kelajuan bersama pacuan 2WD atau 4WD.

Enjin diesel pun ada. Enjin diesel 2.2-liter daripada keluarga “R” itu sudah menerima sedikit perubahan, digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan klac berkembar, selain sistem 2WD atau 4WD.

Tags
Google ads
Back to top button