Buletin

KIA LANCAR K7 PREMIER DI KOREA SELATAN – ENJIN SMARTSTREAM 2.5L BAHARU

Kia akhirnya melancarkan model K7 di Korea Selatan. Bagi menunjukkan ia bukan sekadar facelift pertengahan usia, Kia memasarkannya sebagai K7 Premier. 

Dikenali sebagai Candenza di Amerika Syarikat, sedan eksekutif itu menerima perubahan ketara pada bahagian  hadapan, belakang dan ruang kabin. 

Model saloon tersebut tampil dengan gril radiator baharu (jeriji menegak)  agresif, lampu utama LED nipis bersama lampu nyalaan siang (DRL) yang mengikut lekuk pada gril, lampu belakang LED baharu yang diposisikan secara melintang serta bampar rekaan terkini. 

Bahagian dalaman kini diserlahkan dengan sistem infohibur Uvo bersaiz 12.3 inci, lengkap bersama navigasi yabg diletakkan pada ruang atas konsol tengah. Kia juga memasang K7 dengan kokpit digital, stereng rekaan baru dan tuil gear jenis shift-by-wire. 

Tidak ketinggalan, sistem head-up display, sistem arahan suara yang dikuasakan oleh AI dan pakej bentuan pemandu DriveWise.

Ia merangkumi sistem keselamatan seperti Blind-spot View Monitor, Lane Following Assist, Smart Cruise Control Curve, Rear Cross Traffic Collision Avoidance Assist dan Parking Collision Avoidance Assist-Rear. 

K7 dikuasakan oleh enjin baharu Smartstream GDi bersesaran 2.5 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Selain GDi, K7 Premier juga ditawarkan dengan pilihan enjin v6 3.0 liter, 2.4 liter hibrid dan 2.2 liter diesel. 

GALERI

Google ads
Back to top button