Artikel Pilihan

KIA OPTIMA SPORTSWAGON – WAGON SPORTY UNTUK BOS PUNYA BINI

Model Kia Optima sememangnya merupakan model yang dianggap penting buat Kia. Apatah lagi persaingan dalam kereta Segmen D sememangnya diakui cukup sengit dengan kehadiran gergasi dari Jepun. Tapi Kia sememangnya mempunyai pandangan yang jauh. Mereka bukan hanya mahu bersaing dengan jenama Jepun, malah kesemua pengeluar utama dunia yang ada.

BACA : KIA OPTIMA 2019 – INILAH SAINGAN HONDA ACCORD DAN TOYOTA CAMRY

BACA : KIA PROCEED – SHOOTING BRAKE 5 PINTU EKSKLUSIF UNTUK PASARAN EROPAH

Dan bagi memastikan produk Kia Optima mampu dioptimakan semaksimum mungkin terutamanya pasaran eksport, maka versi wagon juga harus ditawarkan kepada pengguna. Umum mengetahui, pasaran wagon sentiasa mendapat tempat terutamanya di Amerika dan United Kingdom.

Tapi yang ini bukan sebarang wagon. Bagi Kia, ianya adalah sebuah Sportswagon. Rekaannya yang kelihatan sporty pasti mampu menarik minat buat mereka yang gemarkan sesuatu yang lain dan kelebihan ruangan kargo berbanding.

Para pembeli ditawarkan dengan dua pilihan enjin,  U3 1.6-litre CRDi (Common-Rail Direct injection), sebuah enjin diesel yang baharu milik Kia. Enjin turut dilengkapi dengan SCR (Selective Catalytic Reduction) yang berfungsi untuk mengurangkan lagi pencemaran dari bahan bakar. Sebuah lagi pilihan enjin adalah 1.6-litre T-GDi (Turbocharged Gasoline Direct injection).

Enjin yang berkuasa ini dipadankan pula dengan kotak gear  klac berkembar tujuh kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa 136ps dan 320 Nm. Cukup berkuasa untuk menarik sebuah kereta yang bersaiz agak besar juga. Menambahkan lagi kesedapan pemanduan adalah penggunaan pedal tangan bagi penukaran gear ala – ala F1.

Dan apa yang menariknya, pemandu yang mengawal stereng boleh memilih mode tetapan sama ada  Eco, Comfort, Sport atau pun Smart mengikut keperluan kaki yang memijak pendikit.

Bagi ciri – ciri keselamatannya pula, Kia Optima Sportswagon ini turut dilengkapi teknologi Kia terbaharu,  Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang mampu mengelak atau mengurangkan kesan perlanggaran.

Sistem  Driver Attention Warning (DAW) yang turut diaplikasikan akan dapat mengesan pemandu yang mengantuk dengan melalui input yang dihantar ke sistem berdasarkan corak pemanduan. Kalau dah kejap ke kiri kejap ke kanan sahih dah la mengantuk tahap gaban. Amaran dalam bentuk bunyi dan paparan grafik dalam meter cluster mampu menarik kembali perhatian pemandu ke alam nyata. Kalau tak sempat tarik perhatian ke alam nyata, ke alam lainlah jawabnya.

Lain – lain ciri keselamatan yang ada merangkumi Forward Collision-avoidance Assist (FCA) yang mampu mengenal pasti pelintas jalan kaki yang suka sangat melintas ikut hati mak bapak dia, Lane Keeping Assist (LKA), High Beam Assist (HBA) serta lampu utama jenis LED. Dengan ciri – ciri yang hampir sempurna ini menjadikan ianya sebuah kereta yang paling selamat dalam segmennya.

Optima Sportswagon ini bakal di jual di Amerika Syarikat serta benua Eropah. Untuk menjualnya di belah Asia barangkali tak laku. Tak ada siapa nak beli. Cuma, kalau nak beli, kasi bini bos yang pakai buat bawa pi market cukup sesuai. Kan?

Google ads
Back to top button