
TOYOTA IALAH JENAMA AUTOMOTIF PALING BERHARGA DI DUNIA – RM121.56 BILION
Nilai jenama Toyota adalah lebih daripada AS 29.15 bilion (RM 121.56 bilion) yang melayakkannya diiktiraf sebagai jenama automotif paling berharga di dunia.
Kajian tersebut adalah sempena program BrandZ™ Top 100 Most Valuable Global Brands 2019 yang dilakukan oleh penyelidik pasaran Kantar Millward Brown.
Lebih menggagumkan apabila ini adalah kali ke-12 Toyota menerajui ranking tersebut dalam sejarah 14 tahun kajian dilakukan. Toyota menduduki tempat kedua untuk baki lagi dua tahun.

Menurut Toyota di antara faktor asas di dalam kedudukan terbaru ini disumbangkan oleh capaian global, tawaran model yang pelbagai dan perintis kepada teknologi tenaga alternatif.
Di belakang Toyota di dalam ranking ini ialah Mercedes-Benz di tempat kedua dengan nilai $23.36 bilion (RM 97.41 bilion) dan BMW dengan nilai $23.33 bilion (RM 97.29 bilion).
Hanya tiga syarikat automotif tersebut yang tersenarai di dalam kedudukan 100 jenama paling bernilai di dunia.
Metodologi nilai jenama di dalam kajian ini dikira menggunakan modal pasaran, keuntungan dan kesungguhan pemegang saham dan juga hasil tinjauan yang melibatkan lebih daripada 3.7 juta pengguna di 51 buah negara tentang sikap dan hubungan mereka terhadap jenama.
Menurut Sean Hanley, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia yang mempunyai penjenamaan kukuh di negara itu, Toyota mempunyai wakil di lebih 150 buah negara dengan pelbagai jenis model bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan di hampir setiap segmen pasaran dan ia disokong oleh rangkaian pengedar yang kuat.
Menurut beliau lagi, Toyota juga dianggap sebagai peneraju global di dalam teknologi termaju terutama sekali dalam bidang nadi kuasa alternatif seperti hibrid-elektrik dan fuel-cell electric yang direka untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.
Berdasarkan pendapat kami pula, jenama Toyota memang layak berada di senarai teratas kerana jenama yang kukuh dan boleh dipercayai, tahap kebolehpercayaan produk yang tinggi serta nilai yang ditawarkan kepada pelanggan.

Toyota tidak cemerlang di dalam semua perkara kecuali hebat dalam mengimbangi banyak perkara untuk menghasilkan produk yang bagus dan memuaskan hati pelanggan.
Kini Toyota cuba bersikap lebih adventurous melalui karakter baharu di dalam produknya dan semakin galak dalam sukan permotoran.
Berikut ialah senarai sepuluh syarikat automotif paling bernilai (AS bilion):
1. Toyota $29.15
2. Mercedes-Benz $23.36
3. BMW $23.33
4. Honda $11.75
5. Ford $11.21
6. Nissan $10.55
7. Tesla $9.29
8. Audi $8.56
9. Volkswagen $6.71
10. Porsche $5.82
Sumber: Kantar Millward Brown
*USD 1 = RM 4.17