
KIA STINGER GTS 2019 – PACUAN D-AWD DAN ADA DRIFT MODE
Kia mendedahkan bahawa ia akan menawarkan 800 unit Kia Stinger 2019 dengan pacuan roda belakang atau dikenali sebagai Stinger GTS di pasaran Amerika Syarikat.
Ditawarkan pada harga AS$44,000 (RM192,000) seunit, jentera itu kini hadir dengan ciri Dynamic AWD yang mampu menyalurkan 100 peratus kuasa ke roda belakang. Jadi, pemandu boleh melakukan aksi drift dengan lebih mudah.

Kia nempaknya mengambil inspirasi daripada Mercedes-AMG dan BMW M ketika membina varian yang istimewa ini.
Lebih menarik, Stinger GTS juga mempunyai mode pemanduan Comfort dan Sport yang berfungsi menghantar 60 dan 80 peratus kuasa ke gandar belakang.
Enjin yang mampu menjana kuasa sehingga 365hp dan tork 510Nm itu dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Pasti lebih menarik jika Kia menawarkan kotak gear manual enam kelajuan, tetapi Kia menyatakan transmisi itu tidak mendapat sambutan.
Pengendalian mantap Stinger GTS dibantu oleh ciri-ciri seperti limited-slip rear differential, Slip Control dan Counter Steer Detection.
Hadir dalam warna oren terang, model edisi terhad itu dibezakan menerusi kemasan gentian karbon tulen di bahagian hadapan, emblem GTS, kemasan kulit Alcantara pada stereng dan konsol tengah.
Antar ciri standard yang lain termasuklah pengecas tabpa wayar Qi, sistem audio premium Harman Kardon berkuasa 72- watt dengan QuantumLogic dan teknologi Clari-Fi, serta sunroof.
- BACA: POLIS UTARA AUSTRALIA PILIH KIA STINGER SEBAGAI KERETA PERONDA
- BACA: ALKISAH KIA SPORTAGE – LAGENDA SUV KIA
- BACA: KIA OPTIMA SPORTSWAGON – WAGON SPORTY UNTUK BOS PUNYA BINI
- BACA: KIA STINGER HADAPI PASARAN YANG SUKAR DI EROPAH – KETUA REKABENTUK KIA
GALERI