Buletin

KIA PICANTO FACELIFT 2021. 2 PILIHAN ENJIN, BAKAL MASUK PASARAN EROPAH

Selepas memperkenalkan versi facelift Kia Picanto (Kia Morning Urban) di pasaran Korea Selatan pada bulan lalu, kereta kompak itu bakal menjengah pasaran Eropah bermula pada suku kedua tahun ini.

Kereta bandar berkenaan diberi nafas baharu dengan penampilan lebih segar. Ini termasuklah versi GT-Line yang lebih sporty, manakala X-Line berkonsepkan SUV.

Sudah pasti, versi facelift menampilkan perbezaan ketara pada bahagian hadapan kedua-dua model terbaharu ini.

Ia nyata nampak lebih garang dan kemas dengan gril ‘hidung harimau’, selain rekaan tekstur baharu yang menyeliputi bahagian lampu hadapan.  

Model GT-Line diserlahkan dengan warna merah pada bahagian gril hadapan, skirting sisi dan bampar belakang. Manakala X-Line pula menampilkan warna hitam.

Di bahagian belakang pula, model Picanto 2021 menggunakan rekaan signatur lampu belakang LED baharu dengan reka bentuk lampu kabus lebih nipis.

Picanto GT-Line dan X-Line menampilkan rekaan bahagian bampar hadapan serta belakang lebih segar.

Para penggemar kereta Picanto ini boleh memilih 10 warna badan berbeza bagi dipadankan dengan rim aloi pelbagai jejari 14-inci atau dua tona 16-inci.

Kabin Picanto menawarkan skrin sentuh bersaiz 8 inci dengan navigasi satelit. Ia digandingkan bersama panel instrumen paparan digital 4.2 inci.

Sistem infotainmen pula didatangkan dengan ciri ketersambungan multi Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto. Ia juga dilengkapi sistem UVO.

Kereta bandar Korea yang bakal dipasarkan di Eropah itu dijana oleh dua pilihan enjin petrol tiga silinder Smartstream. Enjin 1.0 liter menghasilkan 67 PS (66hp), manakala enjin T-GDI turbo berkuasa 100PS (99hp).

Model terbaharu itu dikatakan lebih mesra alam dan jimat bahan api dengan menggunakan Sistem Pengurusan Termal Bersepadu (ITMS) dan kotak gear Automated Manual Transmission (AMT) lima kelajuan baharu.

Sistem keselamatan Picanto 2021 turut dinaik taraf menerusi Advanced Driver Assistance System (ADAS). – carscoops

GALERI

Google ads
Back to top button