Buletin

BENTLEY BAKAL BUANG 1,000 PEKERJA DI BRITAIN

Pembikin kereta mewah Bentley akan mengurangkan 1,000 pekerjaan di Britain berikutan penurunan jualan terutama semasa penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan BBC, syarikat berkenaan dijangka memberi peluang kepada pekerja untuk pemberhentian sukarela.

Bentley yang diasaskan di Britain pada tahun 1919, telah memulakan semula operasi pengeluaran di kilang Crewe. Syarikat berkenaan menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 5 peratus di seluruh dunia pada tahun 2019.

Bagaimanapun, berdepan cabaran dalam keuntungan sejak beberapa tahun lalu malah semakin dihimpit masalah apabila penularan Covid-19.

Ini telah menyebabkan pengeluar, pembekal dan bilik pameran kereta ditutup selama berminggu lamanya dengan pengguna menangguhkan pembelian besar.

Badan Perdagangan SMMT mengatakan hanya 20,000 kereta baharu yang didaftarkan di UK bulan lalu turun 89 peratus tahun ke tahun dan merupakan prestasi terburuk pada Mei sejak 1952. –Reuters.

Tags
Google ads
Back to top button