" "
Buletin

MAZDA RX-7 TAHUN 1994 INI BAKAL DILELONG PADA HARGA RM414K!

Sebuah Mazda RX-7 Touring yang hanya mencatat perbatuan sejauh 7,402km didakwa bakal dilelong pada harga yang sangat mahal iaitu AS$100,000 atau RM414,000!

Sedia maklum bahawa nilai kebanyakan kereta sports Jepun buatan tahun 1990-an semakin meingkat. Apabila dapat berjumpa sebuah RX-7 yang masih dalam keadaan stok standard dan cantik seperti ini, harganya pasti tidak murah. 

Jadi, tidak hairanlaj jika selepas hanya beberapa jam bidaan dibuka harganya sudah mencapai AS$40,000 (RM165,000).

Menurut kedai yang bertanggungjawab menjual RX-7 berkenaan, kereta itu tidak digunakan oleh pemilik terdahulu selama hampir 12 tahun sebelum ia bertukar tangan. 

Servis terakhir menyaksikan minyak enjin dan penapis ditukar. Palam pencucuh dan bateri baharu juga telah dipasang. Bukan itu sahaja, tangki minyaknya sudah dikeringkan dan dimasukkan dengan petrol yang baru. 

Ramai mengakui bahawa ini merupakan RX-7 dengan warna biru Montego Blue Metallic yang paling terjaga dan  tidak memiliki sebarang kecacatan walaupun sudah berusia 25 tahun. 

Memandangkan ia varian Touring, jadi jentera tersebut dilengkapi lampu kabus, sunroof, pengilap cermin belakang, spoiler belakang dari kilang dan tidak pernah diubah suai. 

Di ruang kabin, tempat duduk dibalut kulit berada dalam kondisi terbaik, selain karpet lantai berwarna coklat. Sietem audio standarad kilang daripada Bose Acoustic Wave juga masih dapat berfungsi dengan baik. 

Jentera itu dijana oleh enjin rotary bersesaran 1.3 liter berkuas 225hp dan tork 294Nm. Kuasa itu dihantar ke roda belakang menerusi transmisi manual lima kelajuan dan limited slip differential.

GALERI

Google ads
Back to top button