Motosikal

POLIS UK MUSNAHKAN MOTOSIKAL SEBAGAI AMARAN KEPADA MAT REMPIT

Polis West Midlands di United Kingdom mengambil pendekatan berbeza untuk memberi peringatan kepada golongan mat rempit di sana.

Kira-kira 10 buah motosikal off-road, skuter, quad dan moped dimusnahkan di sebuah kawasan pelupusan kenderaan di Birmingham.

Manakala beberapa unit yang lain sudahpun rosak dan selebihnya disumbangkan ke kolej-kolej teknikal untuk tujuan pembelajaran.

Semua motosikal itu dirampas selepas polis menahan sekumpulan gangster yang menunggang motosikal secara berbahaya di sekitar kawasan Solihull dan Birmingham pada tahun 2016. 

Kebanyakan mereka yang ditahan dikenakan penangguhan hukuman penjara. Cuma ketuanya, Andrew ‘Dru’ Tomlinson dipenjara selama dua tahun dan seorang lagi rakannya, Matthew Sidwell dipenjara selama 12 bulan.

“Motosikal-motosikal ini ditunggang secara cuai dan boleh membayakan pengguna jalan raya yang lain. Para pemilik motosikal ini sudahpun dikenakan hukuman, tetapi kami tetap mahu mendapatkan arahan pelupusan daripada mahkamah.

“Jentera-jentera ini mahal harganya, jadi pemilik perlu berfikir panjang sebelum menunggangnua kerana hanya sebahagian yang boleh ditunggang di atas jalan raya biasa. Kebanayakan motosikal ini tidak boleh didaftarkan, dicukai atau dilesenkan. 

“Sebab itu ia tidak boleh digunakan di atas jalan raya. Mereka tahu perbuatan ini salah, sebab itu mereka menutup muka ketika menunggangnya,” kata Ketua Inspektor Jack Hadley. 

Hadley juga mengakui bahawa pihaknya kini mempunyai teknik lebih baik untuk menahan pesalah jalan raya seperti ini.  

Google ads
Back to top button