Artikel Pilihan

KINI ANDA BOLEH MAIN GAME DALAM KERETA DENGAN BMW 5 SERIES DAN i5 2024

BMW baharu sahaja lancarkan model 5 Series terbaru mereka termasuklah model elektrik sepenuhnya yang dinamakan i5. Selain daripada rekaan yang penuh revolusi, sedan premium saiz pertengahan ini juga sarat dengan teknologi terkini di bahagian dalam kabin.

Satu daripada ciri menarik di bahagian dalam kabin ialah dua unit paparan masing-masing bersaiz 12.3 inci di hadapan pemandu dan satu lagi unit touch screen 14.9 inci di bahagian tengah konsol. Perisian untuk paparan tersebut juga merupakan hasil terbaru dengan beberapa ciri tambahan yang menarik.

Gergasi permotoran Jerman itu telah berganding bahu dengan AirConsole, dari Zurich untuk membangunkan permainan video kasual untuk unit paparan baharu 5 Series dan i5 ini. Ya, kini korang boleh main games dalam kereta kalau dah boring sangat dengan teman kat sebelah yang asyik tidur je.

Cara nak main senang je, korang boleh sambungkan telefon pintar korang dengan skrin infotainment iDrive 8.5 menggunakan kod QR yang dipaparkan pada skrin. Sekarang telefon korang dan bertukar menjadi alat kawalan dan semua penumpang boleh bermain permainan video sewaktu kereta tidak bergerak. Nak main sorang pun tak ada masalah kalau dah boring sangat tu.

Canggih betul sekarang, dulu masa filem Fast & Furious yang pertama tengok mamat tu main games PlayStation dalam kereta dan rasa canggih amat. Sekarang lagi canggih daa.

Google ads
Back to top button