
HONDA CIVIC RS e:HEV, HIBRID i-MMD PALING BERKUASA DARIPADA HONDA
Honda Malaysia ada sejarah yang sangat unik di sini, mereka memulakan proses dan penjenamaan teknologi hibrid dengan teknologi hibrid paling awal iaitu Honda IMA, singkatan kepada Integrated Motor Assist. Ia adalah sistem hibrid ringkas yang hanya membantu mengurangkan bebanan enjin ketika memecut
Kemudian Honda memperkenalkan satu lagi teknologi hibrid yang dinamakan sebagai i-DCD, menggunakan transmisi dua klac sebagai asas rekaan bagi menggantikan sistem CVT i-MMA. Dan terbaru Honda mengorak langkah dengan menggunakan sistem i-MMD, singkatan kepada Intelligent Multi Mode Drive
Secara asasnya sistem ini menggunakan motor elektrik sebagai penggerak utama, dijana daripada bateri ion lithium manakala enjin pula bertindak sebagai pengecas bateri. Secara asasnya 1 liter petrol ada lebih kurang 8.9kWh potensi kuasa elektrik. Maksudnya 1 liter petrol ni ada energy density atau ketumpatan tenaga yang tinggi.

Untuk menukar tenaga kimia yang ada pada petrol kepada tenaga elektrik, Honda menggunakan enjin dengan kecekapan haba (thermal efficiency) sehingga 41%, sangat tinggi jugak sebab sebab kebanyakan enjin biasa akan beroperasi sekitar 20-25% sahaja
Tapi nak dapat angka di atas bukan senang, enjin kena beroperasi dalam best brake specific fuel consumption (BSFC), antara 1500-2500 RPM. Masalahnya kalau terlalu efisyen, respon enjin menjadi lembat, tak best, tak pikap, kurang power dan pasti akan operate dalam Atkinson Cycle
Tugas mengecas bateri dalam Honda Civic e:HEV ini digalas oleh enjin LFC, iaitu enjin R20 yang telah dinaiktaraf dengan sistem DOHC 16 injap dan juga sistem suntikan terus bahan api. Enjin ini juga dipasang dengan Long Intake Runner, khusus untuk kecekapan bahan api dengan janaan kuasa 181 kuasa kuda

Kita akan ada trenkuasa yang ada ketumpatan tenaga tinggi, berkuasa dan efisyen. Ya motor elektrik dalam Civic e:HEV ini menghasilkan 181 hp dan 315Nm tork dari 0 RPM. Cukup untuk membawa Civic hibrid ini pada kelajuan maksima 190km/jam dengan selamba
Bateri ion lithium 1.05 kWh ini pula dipasang dibawah tempat duduk belakang, langsung tidak mengganggu keluasan ruang kargo belakang mahupun tempat duduk belakang.
Sebenarnya tiada gear digunakan pada Honda Civic ni walaupun risalah jualan ada menulis e-cvt. Secara asasnya ia adalah gear tunggal macam basiokal lama kita, dan 315Nm tork ini akan menggerakkan Civic tanpa dari 0 RPM. Jadi buat apa kita perlukan gear untuk tork multiplication?

Berikut ialah pengalaman pemanduan yang dialami oleh penulis semasa memandu uji Honda Civic RS e:HEV:
1. Rasa pemanduan yang dihasilkan adalah sama seperti memand kereta elektrik, lancar tanpa penukaran gear dan sangat berkuasa. Pada kebanyakan masa enjin LFC R20 ni akan mati, hanya sesekali hidup untuk mengecaj bateri. Bila enjin ini hidup, kita langsung tidak sedar dan tidak perasan disebabkan operasi enjin ini senyap.
Enjin LFC 2000cc ini jauh lagi senyap dari City e:HEV dan juga Honda HR-V RS e:HEV yang menggunakan trenkuasa 1.5 i-MMD yang menjadi sangat bising apabila beroperasi. Anda tidak akan perasan bila ia akan hidup atau mati melainkan anda perhatikan pada meter, jika logo EV menyala maka enjin akan mati.
2. Prestasi trenkuasa Civic e:HEV memang terasa lagi berkuasa berbanding trenkuasa Honda CR-Z manual 1.5 i-MMA dan Honda HR-V 1.5 i-DCD mahupun Honda HR-V RS e:HEV sendiri. Ia boleh memecut 0-100km/jam dalam masa 7.9 saat sahaja

Jika Honda HR-V RS e:HEV mampu dipandu selaju 170km/jam, Civic RS e:HEV pula mamp pergi lebih laju pada 190km/jam ( telah diuji dan bacaan sebenar meter yang ditunjukkan oleh Honda Civic RS e:HEV)
3. Dari segi penggunaan bahan api, Honda memberi bacaan rasmi sekitar 25km/liter iaitu lebih jimat berbanding dengan Honda HR-V RS e:HEV. Sewaktu dipandu uji oleh penulis dengan halaju sekitar 110-130km/j, penulis berjaya mendapat bacaan sekitar 21km/liter
4. Stering- anda boleh rasa Civic menawarkan rasa yakin sebaik sahaja anda memegang roda stering, Respon stering terhadap input dan juga tindakbalas cesi adalah cepat. Operasi sistem stering juga adalah lancar, sama seperti yang anda rasa sewaktu memandu kereta dengan stering hidraulik

5. Brek – Bukan sahaja anda boleh mengambil selekoh pada kelajuan tinggi dengan yakin, malah anda juga boleh mengambil selekoh dengan hanya sebelah tangan sahaja tanpa ragu-ragu
Kebanyakan kereta hibrid akan menggunakan brek regeneratif dengan maksimum, bagus untuk mengecas semula bateri tapi tak bagus dalam memberikan rasa brek yang neutral. Tapi perkara sebaliknya berlaku pada Honda Civic e:HEV dimana ia cemerlang dalam kedua-dua aspek
Anda masih boleh membrek dengan biasa, merasai sendiri kuasa brek yang efisyen dan pada masa sama brek regeneratif tetap berlaku dengan cekap. Jika anda mahukan lebih kuasa brek regeneratif seperti mendapat efek “engine braking” bole gunakan pedal di belakang stering

6. Suspensi – masih mengekalkan sistem suspensi yang sama seperti Honda Civic RS Turbo, tapi penyerap hentak telah ditala semual bagi menampung beban tambahan 100kg dari sistem hibrid akan diagihkan dengan kadar 50:50 depan belakang. Hasilnya composure atau pergerakan cesi ketika melalui jalan tidak rata adalah bagus
Olengan cesi ketika melalui selekoh adalah terkawal tapi cesi tidak terhenjut-henjut ketika melalui jalan tidak rata. Malah setiap kali menerima hentakan pada mana-mana roda, cesi Honda Civic e:HEV akan berayu dengan cara lembut bagi mengurangkan impak gegaran
7. Mode pemanduan – ada 3 mode yang ditawarkan samaada Eco, Normal ataupun Sport. Tapi paling menarik pastilah mode Sport. Honda menggunakan beberapa tipu muslihat bagi menghasilkan rasa pemanduan yang lebih menyeronokkan

Paling menarik akan menghantar bunyi enjin ke dalam kabin, tapi bukan bunyi enjin sebenar sebaliknya bunyi yang dihasilkan daripada pembesar suara dan dipanggil sebagai Soun Synthesis. Bunyi ini akan menjadi semakin kuat apabila pedal minyak ditekan
Kedua, pergerakan Energy Flow Meter akan meniru pergerakan meter RPM seperti pertukaran gear dibuat. Sebaik sahaja sampai pada bacaan tertentu, Energy Flow Meter “ditendang” balik ke bawah, diikuti bunyi enjin yang dikuatkan dan kereta menjadi semakin laju seolah-olah berlaku pertukaran gear.
Sedangkan hakikatnya Civic e:HEV tiada gear, namun teknik ini menjadikan kita seolah-olah memandu kereta sport yang menggunakan transmisi automatik dengan torque converter

8. Ruang dalaman – Honda adalah pakar dalam penggunaan ruang dan master of space walaupun Honda Civic ini padat dengan semua perkakasan hibrid. Ia masih diberikan tayar gantian, ruang kargo menghampiri 500 liter dan juga kusyen belakang yang boleh dilipat 60:40 untuk memuatkan barangan yang panjang
9. Dari segi teknologi, Honda Civic e:HEV diberikan smart card access, sebesar kad kredit dan boleh disimpan dalam dompet. Anda boleh membuka pintu, menghidupkan enjin dan memandu hanya dengan menggunakan kad ini sahaja
Kedua ialah Honda Connect -aplikasi khas yang boleh dimuatturun dalam telefon pintar. Ia akan mengesan secara automatik jika kemalangan berlaku, membuat panggilan kecemasan, speed alert, berfungsi sebagai alat pengesan, ciri geofencing, remote start stop, menghidupkan aircond, diagnostic support, dan juga bertindak sebagai service reminder

10. Dalam aspek keselamatan, pujian harus diberikan pada Honda Sensing dan juga ciri Lane Keep Assist yang berupaya menunjukkan paparan seperti Tesla. Sistem ini berfungsi dengan lancar dan meyakinkan. Even system ini akan paparkan dalam meter digital apa yang dia detect
Harga yang dipinta untuk Honda Civic e:HEV RS ini ialah sekitar RM 166,000 tidak termasuk kos insuran, iaitu RM 16,000 lebih mahal berbanding dengan harga Honda Civic Turbo RS. Anda masih lagi ada masa sebelum kerajaan memutuskan samaada anda layak atau tidak menerima bantuan subsidi bahan api bersasar
Jika anda rasa anda kena bayar RM 3.22 seliter untuk RON 95, mungkin anda wajib mempertimbangkan Honda Civic e:HEV RS ini untuk kegunaan anda seharian
