Buletin

KISAH MENARIK FORD LTD STATION WAGON BERHARGA RM9 JUTA

Sebuah Ford LTD Station Wagon tahun 1984 dijual pada harga AS$2.3 juta (RM9 juta) di Jerman. Bagaimanapun, ia lebih sesuai kepada pengumpul seni kerana dihiasi lukisan rare oleh George Lilanga.

George Lilanga merupakan pengkarya seni Afrika yang dilahirkan di Tanzania pada tahun 1934 dan menghembuskan nafas terakhir pada 2005.

Beliau cukup terkenal dengan hasil karya menggabungkan warna cerah dan subjek aneh yang menonjolkan pengaruh seni tradisional Makonde.

Seni Lilanga merangkumi lakaran, lukisan dan reka bentuk arca dalam dimensi kecil.

Menurut Mobile.de, hasil karya pada jentera tersebut amat unik kerana mengambil masa selama beberapa hari sahaja ketika berada di Jerman menghadiri pameran seni.

Pemilik hotel yang didiami Lilanga bersama rakan-rakannya menawarkan penginapan secara percuma jika beliau melukis pada kereta Ford LTD Station Wagon berwarna putih itu.

 Lilanga dan rakan artis Afrika, Poni Yengi bersetuju dengan tawaran tersebut dan memulakan hasil karya mereka.

Hud dan belakang kereta dilukis Yengi manakala Lilanga mengambil bahagian-bahagian lain. Beliau turut menandatangan di kedua bahagian sisi jentera bersama tarikh 27.09.96.

Pada kebiasaannya, hasil karya Lilanga akan dijual pada harga yang tinggi termasuk kerja-kerja tidak disentuh olehnya tetapi dihasilkan di woksyop rumahnya. – carscoops

Google ads
Back to top button