BuletinMotosikal

KL BIKE WEEK 2019 – EDISI KE 10 DILANCARKAN SECARA RASMI

Jika anda belum mempunyai rancangan untuk sekeluarga di hujung minggu ni, apa kata anda bawa anak-anak, isteri-isteri dan awek-awek ke Bandar Malaysia Sungai Besi ke acara KL Bike Week 2019. KL Bike Week kini sudah pun memasuki edisi ke 10 dan kali ini ia dikatakan merupakan acara terbesar seumpamanya.

Acara ini berlangsung dari 20-21 Disember selama dua hari dan dianjurkan oleh Red Garage Enterprise dan disokong oleh Tourism Malaysia. Lebih menarik lagi, pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa cabutan bertuah yang berupa sebuah Harley-Davidson Sportster Custom untuk dibawa pulang. Bukan calang-calang hadiah ni.

Acara ini telah dirasmikan semalam oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusuf sebagai tanda bermulanya KL Bike Week kali ke-10.

Kalau tak minat motor pun takde masalah sebab disini juga terdapat kereta, gerai-gerai jualan, pameran seni dari pelajar-pelajar UiTM, konsert dari artis-artis indie dan anda juga mungkin boleh berjumpa dengan kawan-kawan lama.

Untuk anak-anak pula boleh je anda bawak diorang naik belon udara panas. Boleh nampak pemandangan KL dari atas, best oo.

Lebih menarik lagi ialah perhimpunan kereta Retro havoc Vol 2 juga bakal diadakan di mana dijangkakan hampir 400 buah kereta akan datang berkumpul untuk memeriahkan lagi acara.

Kelab motosikal jangan ceritalah, semuanya bakal berkumpul baik dari dalam mahupun dari luar negara. Bila lagi nak dengar deruman ekzos motosikal dari semua jenama berkumpul dalam satu kawasan.

Satu perkara yang menarik ialah kali ini acara ini diadakan di dalam hangar lapangan terbang lama Sungai Besi, jadi tak adalah panas sangat kalau nak bawak anak jalan-jalan. Maklumlah Bike Week lain kan biasanya diadakan di tempat terbuka. Kali ni lain sikit, jalan-jalan tengok gerai pun relak je.

Google ads
Back to top button