Motosikal

POLIS MANCHESTER CARI MAT REMPIT BUAT KACAU DI STESEN MINYAK

Kegagalan pihak berkuasa United Kingdom dan menangani jenayah bermotosikal secara efisien bukanlah satu rahsia.

Video yang tular baru-baru ini mungkin boleh menjadi bukti bahawa masalah tersebut sebenarnya semakin membarah.

Klip video daripada CCTV di sebuah stesen minyak di Manchester itu disiarkan olah pasukan polis bagi tujuan membantu siasatan. Dalam erti kata lain, polis memerlukan bantuan orang awam untuk mengesan suspek yang membuat kacau di stesen minyak terbabit dan di tempat-tempat lain.  

Seperti yang boleh dilihat, diangarkan lebih 60 orang penunggang motosikal. Walaupun bukan semua yang mencuri barangan daripada kedai, tetapi kebanyakan mereka telah dianggap sebagai mengganggu ketenteraman awam.  

Jelas kelihatan ramai yang mengambil barang dan tidak membayarnya. Sementara dua orang yang lain cuba menakut-nakutkan seorang pekerja. Di luar pula, mereka  mula mengagihkan barang curi itu sesama mereka, sebelum membuang sampah  dan berlalu pergi.  


Menurut polis Manchester, kumpulan itu mencetuskan tingkah laku anti-sosial. Malah ramai yang membawa senjata seperti pisau dan pedang.   

“Masalah gangguan di kawasan Wythenshawe dan Sale semakin berleluasa dan menimbulkan keresahan dalam kalangan komuniti di sini.

“Kami yakin penunggang motosikal yang dirakam di dalam video di stesen petrol ialah kumpulan sama yang membuat kacau di tempat lain pada malam tersebut,” kata polis Manchester.  

Mereka dikatakan menunggang secara berbahaya di laluan pejalan kaki dan menghalang jalan.

Google ads
Back to top button