
HONDA SUPER CUB TOKYO 80S LANCAR DI THAILAND – HANYA 500 UNIT
Honda Motorcycle Thailand telah memperkenalkan Honda Super Cub Tokyo 80s edisi terhad dengan hanya 500 unit dihasilkan.
Model istimewa itu menampilkan gabungan warna serba kuning di samping grafik yang diinspirasikan dari era 80an Tokyo, Jepun.

Menyerlahkan lagi imej retro Jepun adalah kehadiran penghadang angin tinggi dan komponen krom yang kelihatan di bahagian penyerap hentak berkembar belakang, ekzos dan cermin sisi.
Model ini juga dipasang dengan tempat pembawa barangan di bahagian mudguard hadapan sekaligus melengkapkan lagi imej retro.

Menggunakan model Super Cub 110 sebagai asas, model ini masih lagi dikuasakan enjin satu silinder 109.5cc SOHC yang berupaya menghasilkan 8hp pada 7,500rpm dan 8.8Nm pada 5,500rpm.
Antara ciri lain dinyatakan:
- rim 17-inci depan dan belakang (jenis lidi)
- berat 98kg
- tangki bahan api 4.2L
- tinggi tempat duduk 744mm

Bagi pasaran Thailand, Honda menawarkan Super Cub Tokyo 80s ini dengan harga jualan THB54,000 (RM6.9k).
GALERI: HONDA SUPER CUB TOKYO 80S
















