Artikel Pilihan

KLIMS 2024: MAZDA PERKENALKAN CX-5 MS LIMITED EDITION – KERETA KELUARGA YANG SPORTY

Bermaz Motor baharu sahaja lancarkan varian terbaru edisi khas Mazda CX-5 yang dinamakan MS Limited Edition di Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024). Ia memang ditunggu-tungu oleh peminat khususnya bakal pemilik CX-5 kerana ia mempunyai pelbagai ciri tambahan yang membezakannya dari CX-5 standard.

CX-5 ni bukan hanya sebuah SUV ikonik tapi a lebih kepada sebuah kereta sports tapi menyamar sebagai sebuah kenderaan keluarga. Ia dikenali kerana gabungan ciri sofistikated dan sports yang nyata memikat golongan muda yang baharu berkeluarga.

Berbeza dari SUV lain, CX-5 lebih dikenali kerana menawarkan pemanduan dinamik dan responsif yang terbukti. Ia sesuai untuk kegunaan keluarga tapi tanpa mengorbankan prestasi yang ada padanya. Kombinasi inilah yang membuatkan CX-5 mendahului saingan dalam kategori SUV.

Fusion TIFF File

Mazda CX-5 MS Limited Edition menampilkan pakej pilihan Sports Performance yang direka khusus untuk menonjolkan ciri atletik pada SUV keluaran Mazda ini. Bukan hanya menyerlah secara visual, ia juga berkuasa, sofistikated dan sporty.

Penggunaan elemen Gloss Black pada bahagian-bahagian tertentu badan dan dalaman menyerlahkan lagi profil SUV ini. Begitu juga dengan rim bersaiz 19 yang juga diwarnakan dengan warna hitam berkilat. Bahagian-bahagian tertentu seperti tempat duduk yang hujung paip ekzos dihiasi dengan intial MS yang merujuk kepada MazdaSpeed.

Varian ini turut dilengkapi dengan strut bar hadapan yang bukan hanya bergaya tapi juga mengukuhkan struktur kereta.

Fusion TIFF File

Bahagian dalaman tak payah cerita la. Sudah tentu ia dinaik taraf agar kelihatan lebih premium dengan kemasan suede yang elegan dan pedal-pedal kawalan juga dari MS.

Mana lengkap sebuah model edisi terhad tanpa logo-logo khas pada bahagian dalaman dan luaran. Ia menjadikan SUV ini kelihatan lebih istimewa kepada pemilik berbanding varian lain.

Google ads
Back to top button