Buletin

SUBARU WRX CLUB SPEC EDISI TERHAD DI PASARAN AUSTRALIA. 150 UNIT SAHAJA

Pengeluar kereta, Subaru memperkenalkan model edisi terhad Subaru WRX Club Spec di pasaran Australia. Model terbaharu ini dikeluarkan sebanyak 150 unit sahaja.

Subaru WRX Club Spec menawarkan tiga warna pilihan biru (WR Peal Blue dan Crystal Blue Silica) serta putih (Crystal White Pearl).

Jentera terbaharu ini hadir dalam versi manual atau CVT, dengan harga jualan sedikit mahal berbanding model standard WRX.

Bagi versi manual transmisi enam kelajuan, ia dijual bermula pada harga AU$47,990 (RM 143,573) manakala CVT automatik pula AU$50,490 (RM 151,053).  

Beberapa perubahan dilakukan terhadap Subaru WRX Club Spec ini apabila ia didatangkan dengan set rim aloi STI bersaiz 18 inci, angkup brek berprestasi tinggi Brembo dan lencana Club Spec matte black di bahagian belakang.

Di bahagian kabin pula, ia dilengkapi tempat duduk sport bucket Recaro di bahagian hadapan, roda stereng balutan Ultrasuede dan sistem audio Harman Kardon termasuk lapan pembesar suara, subwoofer dan amplifier.

Subaru WRX Club Spec mendapat khidmat enjin boxer turbocharge 2.0 liter yang mampu menjana kuasa 264 hp dan tork 350 Nm. – carscoops

Google ads
Back to top button