
MODEL KONSEP MITSUOKA M55 BAKAL MASUKI PRODUKSI – MUSCLE CAR BAJET DARI TIMUR
Mitsuoka sahkan M55 Concept akan masuki proses produki. Korang mesti masih ingat dengan model ini kan? Ia diasaskan dari sebuah Honda Civic dan kemudian menjalani pembedahan kosmetik sehingga menyerupai Dodge Challenger. Macam ni pun ada jugak orang nak beli eh? Maunya tak nak, rupa Challenger tapi cukai jalan Honda Civic.

Model ini mula diperkenalkan kepada umum sempena ulang tahun jenama ini ke 55. Kalau korang rasa model ni pelik memang korang tak kenal barang la. Mitsuoka kot? Mana ada model diorang yang sama dengan bahasa rekaan jenama lain. Unik tapi subjektif bergantung pada mata yang memandang.
Mereka menyatakan hasrat untuk memproduksi kereta ini muncul setelah menerima reaksi yang cukup baik dari peminat mereka. Bukan hanya golongan muda tapi juga golongan lebih berusia tak kira jantina (Err tak termasuk kami okey). Semuanya cukup berminat untuk membeli kereta ini jika ia dipasarkan.

Pembeli bertuah akan menerima model ini seawall 2025 bila ia mula dipasarkan. Kenapa pembeli bertuah? Sebab ia tidak akan diproduksi secara besar-besaran. Hanya yang bertuah sahaja akan menerimanya.
Kenapa syarikat yakin betul dengan pasaran M55 ni ya? Ini kerana mereka telah menerima lebih 1,300 mesej dari pelanggan yang berminat untuk mendapatkannya dan Mitsuoka belum membuat keputusan tentang hari pelancarannya.
Ini memang model edisi terhad dan mereka juga sedang memikirkan harga yang sesuai. Tapi apa yang pastinya M55 ini tentu sekali akan mempunyai tanda harga yang lebih mahal dari Honda Civic standard. #baikbeli Honda kata Setopa Tomoi dari Beris Kubor Besar seorang bangsa H sejati.

M55 dikuasakan enjin 1.5 liter turbo standard Honda Civic yang kemudian dipadankan dengan kotak gear manual 6-kelajuan. Hasilnya ialah 180 hp kuasa maksima. Jauh berbeza dari Dodge Challenger asal tapi laju-laju sangat nak ke mana. Masuk jalan KL ada lubang, balik kampung jenuh pula nak brek kat bonggol haram.
Macam mana korang minat ke nak beli kalau dipasarkan? Oh bagi yang tak tahu, Mitsuoka ni jenama Jepun tahu, bukannya berasal dari Korea Utara. Kira JDM jugak la ni.

