Motosikal

ROYAL ENFIELD SHOTGUN 650 X ICON DIPERKENAL – HANYA 5 UNIT UNTUK PASARAN MALAYSIA, RM38.5K

Royal Enfield telah menjalinkan kerjasama dengan Icon Motorsport untuk menghasilkan Shotgun 650 edisi terhad untuk pasaran global. 

Menurut Royal Enfield, hanya 100 unit sahaja dihasilkan untuk pasaran dunia dengan hanya lima unit ditetapkan untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM38,500. 

Model edisi terhad ini menampilkan warna tiga tona yang merangkumi grafik perlumbaan di samping dilengkapi dengan komponen kustom termasuk rim berwarna keemasan dan penyerap hentak berwarna biru. 

Selain itu terdapat juga tempat duduk berwarna merah dan cermin sisi jenis ‘bar-end’. Setiap pembelian motosikal edisi terhad ini turut disertakan dengan jaket Slabtown Intercept RE yang direka khas oleh Icon Motorsport. 

Selain daripada warna, grafik dan komponen kustom, Shotgun 650 edisi terhad ini masih lagi dipacu enjin parallel-twin 648cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menjana 47hp pada 7,250rpm dan 51Nm pada 5,250rpm. 

GALERI: ROYAL ENFIELD SHOTGUN 650 X ICON MOTORSPORT

Google ads
"
"
Back to top button