KLIMS 2024: HONDA PRELUDE CURI TUMPUAN, TAMPIL GARANG
Honda Prelude Concept kini mencuri tumpuan apabila dipamerkan di Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024) hari ini.
Honda Prelude Concept menampilkan rekaan dengan elemen aerodinamik yang jelas. Bahagian hadapan kereta ini menggunakan lampu utama LED nipis, dipadankan bersama gril depan minimalis untuk mencipta rupa futuristik.
Sementara itu, bumbung kaca yang panjang bukan sahaja meningkatkan daya tarikan estetik, tetapi juga memberikan ruang visual lebih luas di bahagian dalaman.
Di bahagian belakang, lampu LED melintang penuh memberikan kesan visual lebar, menambah elemen sporty pada keseluruhan reka bentuk.
Prelude Concept juga dijangka dilengkapi teknologi Honda Sensing, pakej keselamatan aktif yang merangkumi kawalan kelajuan adaptif, bantuan lorong, brek kecemasan automatik, dan pelbagai ciri lain untuk meningkatkan keselamatan pemandu.
Sistem infotainmen pula kemungkinan besar menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, memberikan kemudahan tambahan untuk pemandu moden.
Walaupun spesifikasi penuh untuk pasaran antarabangsa masih belum didedahkan, beberapa ciri utama model konsep ini memberi gambaran jelas tentang hala tuju rekaan dan teknologi Honda untuk masa depan.
Prelude Concept dijangka menggunakan sistem hibrid e:HEV Honda, teknologi terkini yang turut terdapat pada model seperti City, HR-V, Civic, dan CR-V.
Sistem ini menggabungkan motor elektrik sebagai sumber kuasa utama, dengan enjin petrol bertindak sebagai pengecas bateri atau sumber kuasa tambahan.
Bagaimanapun, model ini dijangka tidak dilengkapi dengan pilihan transmisi manual.
GALERI:
- BACA: KLIMS 2024: COROLLA CROSS FACELIFT, 3 VARIAN, REKAAN LEBIH GARANG, BERMULA RM134K
- BACA: KLIMS 2024: TEMPAHAN KIA SPORTAGE DIBUKA, ANGGARAN HARGA BERMULA RM151K
- BACA: KLIMS 2024: TOYOTA CAMRY 2025 – VARIAN HIBRID SAHAJA, BERMULA RM249K
- BACA: KLIMS 2024: MAZDA CX-80 DIPERKENALKAN, JANA 382PS, TAWAR JARAK GERAK 60KM