Buletin

KLIMS 2024 – TOYOTA LAND CRUISER SE CONCEPT

Bersempena dengan Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024, Toyota turut membawa sebuah model konsep untuk tatapan pengunjung, Toyota Land Cruiser SE.

Apabila menyebut tentang Land Cruiser, semua penduduk planet bumi sememangnya cukup mengenali akan jenama Land Cruiser milik Toyota ini. Definasi lasak dan buas barangkali tepat untuk menggambarkan akan kegagahan model ini.

Tetapi itu dahulu, seiring dengan peredaran masa, sudah sampai ketikanya model lagenda mereka ini diberikan nafas baharu baik dari segi rekaan dan juga trenkuasa yang dimilikinya. Walau pun bukanlah model konsep serba baharu yang dipamerkan di KLIMS 2024 ini, tetapi peluang untuk melihat sendiri depan mata cukup untuk membuatkan kita teruja tentang bagai mana masa depan Land Cruiser ini kelak.

Sinonim dengan imej yang berkotak sedari dahulu lagi, maka tidak hairanlah sekiranya Toyota masih lagi mahu mengekalkan ciri yang serupa untuk model konsep ini tetapi masih lagi diberikan sentuhan sedikit lembut untuk mengurangi imej bersegi yang selalu ditampilkan.

Melihatkan depan mata, ternyata model konsep Land Cruiser SE ini cukup besar dan panjang dengan ukuran 5,070 mm , lebar 1,910 mm tinggi 1,710 mm. Malah jarak rodanya juga dipanjangkan sehingga 3,350 mm, kira – kira 203 mm lebih panjang berbanding model produksi sedia ada.

Disebabkan dimensi model ini yang cukup panjang, khabarnya akan terdapat sehingga tiga barisan tempat duduk yang memungkinkan tujuh penumpang menaikinya kelak ketika model ini bersedia untuk diproduksi..

Walau pun tiada maklumat rasmi mengenai trenkuasa, tetapi ini adalah sebuah model BEV yang akan menggabungkan tork yang cukup berkuasa dan tinggi bagi membolehkan Land Cruiser SE ini kelak mampu memecut laju tanpa masalah.

Dengan rekaan badan monocoque akan dapat memastikan Land Cruiser SE dapat memberikan pengendalian yang lebih responsif dan yakin sama ada untuk laluan off-road mahu pun menempuh kesesakan bandar.

Persoalannya kini, adakah anda sudah bersedia untuk menerima kelak Land Cruiser ini adalah sebuah model BEV? Takkan nak redah masuk hutan / padang pasir kot?

BACA : SERIBU UNIT TOYOTA LAND CRUISER DITEMPAH DALAM MASA 30 MINIT

BACA : TOYOTA LAND CRUISER ZX DAN VX FIRST EDITION UNTUK JEPUN – 8 RIBU BUAH SAHAJA

Google ads

B K

Back to top button