Motosikal

RASMI: AVETA VANGUARD 250 LIMITED EDITION DIUMUMKAN – HANYA 688 UNIT, RM17,188

AVETA melancarkan Vanguard 250 Limited Edition untuk pasaran tempatan yang terhad kepada 688 unit sahaja dengan harga jualan RM17,188.

Bukan permainan ‘coverset’ semata-mata namun Vanguard 250 LE ini turut menerima pelbagai naik taraf antaranya handlebar yang lebih sporty, pemijak kaki aluminium dan rim aloi berwarna hitam. 

Rupa Vanguard 250 LE ini juga boleh dibezakan dengan penggunaan warna Eclipse Blue disamping turut menampilkan lencana dengan nombor siri 001 hingga 688. 

Sementara itu, Vanguard 250 LE ini kekal dikuasakan enjin 244.3cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 24.8hp pada 8,500rpm dan 22.5Nm pada 6,500rpm. 

Fungsi lain seperti ABS dual-channel, traction control, dan meter TFT kekal ditawarkan secara standard pada model LE ini. 

GALERI: AVETA VANGUARD 250 LIMITED EDITION

Google ads
Back to top button