
LAMBORGHINI TOLAK TAWARAN RM38 BILION. BUKAN UNTUK DIJUAL
Sejak beberapa bulan lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa Lamborghini bakal dipisahkan daripada syarikat induk, Volkswagen Group (VW Group).
Dimiliki secara rasmi oleh Audi, Lamborghini berkembang maju di bawah panji syarikat Jerman terbabit sehingga menarik minat pihak luar membeli jenama Lamborghini.
Berita terbaharu dikhabarkan, sebuah syarikat dari Switzerland, Quantum Group AG secara rasmi menawarkan AS$9.19 bilion (RM38 bilion) untuk membeli Lamborghini.

Automotive News Europe mengesahkan dengan Audi bahawa “Lamborghini bukan subjek perbincangan dalam kumpulan. Lamborghini bukan untuk dijual”
Quantum turut menawarkan para pekerja Lamborghini jaminan pekerjaan selama lima tahun.
Selain itu, syarikat terbabit juga ingin mengawal pasukan pengurusan Lamborghini daripada Volkswagen tetapi tidak mahu memutuskan hubungan secara total.

Berikutan perancangan membeli jenama supercar Itali itu, Quantum sepatutnya ingin memasuki kerjasama strategik bersama VW Group termasuk perjanjian bekalan selama lima tahun dengan Audi serta penyelesaian EV menjelang 2025.
Bagaimanapun, VW Group mungkin telah meramalkan tawaran sedemikian dan memutuskan mengatur langkah pertama.
Pada minggu lalu, CEO Lamborghini dan Bugatti, Stephan Winkelmann mendedah tiga langkah pelan mengurangkan emisi karbon dengan sasaran utama melancarkan EV menjelang 2030. – carbuzz