Buletin

BIKIN LAMBORGHINI SIAN KAYU DALAM TEMPOH 65 HARI. ISTIMEWA BUAT ANAK

Seorang lelaki Vietnam yang menjadikan pertukangan kayu sebagai hobi membikin jentera Lamborghini Sian buatan kayu istimewa buat anaknya.

Truong Van Dao mengambil masa selama 65 hari untuk menyiapkan replika supercar yang boleh dipandu tersebut.

Jentera Lambo Sian berkenaan diperbuat daripada kayu dan dipadankan sistem drivetrain kelihatan seperti sebuah go-kart dipasang motor elektrik kecil.

Kedua-dua pintu gull-wing pula boleh dibuka menggunakan butang kawalan jauh.

Ia turut disertakan sistem brek yang berfungsi dengan baik malah terdapat brek cakera tiruan dari kayu dalam menyerlahkan lagi keaslian replika terbabit

Selain itu, jentera kayu itu dihiasi pencahayaan khas Lamborghini Sian dengan menggunakan lampu LED.

Van Dao turut memuatkan naik proses pembikinan Lamborghini itu di YouTube ND-Woodworking Art.

Bukan calang-calang lelaki tersebut, dia juga pernah menghasilkan Bugatti Chiron dan BMW 328 Hommage, yang juga diperbuat menggunakan kayu. –carscoops/hotcars

Google ads
Back to top button