Buletin

MENANGIS TENGOK LAMBORGHINI DIABLO MASUK SEMAK DAN TOTAL LOSS

Seorang pemandu lelaki dilapor menangis teresak-esak apabila melihat kereta baharunya terlibat dalam kemalangan dan total loss. 

Lebih menyedihkan, kereta itu ialah sebuah Lamborghini Diablo yang dibelinya pada harga AS$500,000 (RM2 juta).

Kereta sports itu dikatakan rosak teruk selepas terlibat dalam satu kemalangan di Fowler Road, selatan Sydney, Australia. 

Pemandunya didakwa hilang kawalan menyebabkan jentera itu terbabas ke dalam semak. Mujur dia dan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Sewaktu kereta tersebut ditarik keluar, pemandu itu menangis sambil berkata: Ia kereta baharu. Ia kereta baharu,” cerita seorang saksi. 

Takpe lah, dah kemalangan kan. Mintak insurans cover je lah.. 

Google ads
Back to top button