" "
Artikel Pilihan

KESATUAN EROPAH BERCADANG HARAMKAN PENGGUNAAN KROM – HABIS LA KAKI BLING-BLING

Kesatuan Eropah kini mahu mengenakan larangan atau dengan kata lain mengharamkan proses chrome plating atas alasan kesihatan umum menjelang 2024. Menurut Autocar, ia berikutan sisa toksik yang terhasil akibat proses meng’krom’kan komponen kenderaan dan pelbagai barangan lain.

Mungkin ia bukan perkara besar bagi kita tapi ia akan memberi impak kepada industri automotif. Cuba tengok kereta korang yang berkilat tu, banyak mana ada komponen yang diberi kemasan krom. Itu belum kenderaan mewah yang serba berkilat lagi. Ada krom logam yang mahal dan ada juga krom cap ayam dari komponen aftermarket yang dibeli dari kedai aksesori.

Jenis kaki bling-bling memang tak boleh nak bergaya la lepas ni. Jadi kalau nak buat baik buat sekarang sebelum ia diharamkan. Emm, ekzos motor pun semua hitam la lepas ni kot?

Hexavalent chromium yang juga dikenali sebagai karsinogen biasa dikaitkan sebagai penyebab kanser paru-paru. Ia juga adalah 500 kali lebih toksik berbanding asap disel. Bahkan setakat ini belum ada cara untuk melakukan proses chrome plating dengan selamat tanpa membebaskan bahan kimia berbahaya.

Bukan hanya dunia automotif, proses krom ini juga digunakan dengan meluas dalam industri lain termasuklah industri perkapalan dan penerbangan. Cuba tengpk kepala paip rumah korang, ada yang disadur dengan krom kan? Ke korang dah tukar dengan kepala paip plastic kedai dua hengget?

Ia sebenarnya satu proses dengan hasil yang menarik dan praktikal. Permukaan krom memang mudah dibersihkan dan kelihatan cantik dan jika diharamkan, sudah tentu alternatif lain perlu dicari sebagai ganti.

Industri automotif juga mungkin terpaksa mencari alternatif lain untuk menyerikan dalaman dan kereta. Kami pun tak ada la minat sangat krom ni, mungkin sebab kami ni bukannya tua sangat kot. Tapi tak taulah takut selepas ni jadi minat. Rasanya serat karbon boleh dijadikan alternatif tapi ianya memang mahal la. Kecuali kalau korang sanggup pakai pelekat serat karbon tiruan tu.

Google ads
Back to top button