Buletin

KESATUAN EROPAH LULUS USUL HARAM PENJUALAN KERETA BAHARU ICE 2035

Kesatuan Eropah kini mengambil satu langkah baharu ke arah pengharaman jualan kenderaan baharu berenjin petrol dan diesel.

Parlimen telah meluluskan usul sasaran pengurangan emisi CO2 baharu di mana pengeluar automotif perlu mengurangkan emisi CO2 dari kereta baharu kepada sifar pada tahun 2035.

Sebelum tahun 2035 menjelang, pengeluar automotif perlu mengurangkan emisi CO2 sebanyak 55 peratus pada kereta baharu, dan 50 peratus untuk van pada 2030.

Selain itu, insentif untuk kenderaan sifar emisi dan kenderaan emisi rendah juga akan ditamatkan pada tahun 2030.

Pengeluar yang mempunyai volum pengeluaran antara 1,000 hingga 10,000 unit mempunyai tempoh masa sehingga 2036 untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan, sementara pengeluar yang mendaftarkan kenderaan kurang 1,000 setahun akan dikecualikan daripada peraturan baharu itu.

Undang-undang baharu itu tidak menyatakan secara spesifik pengharaman enjin pembakaran dalaman kerana ia hanya menentukan sasaran emisi dan bukan bagaimana ia dicapai.

Google ads
Back to top button