Buletin

LATVIA DERMA KERETA HASIL SITA PEMANDU MABUK KEPADA UKRAINE

Kerajaan gabungan baharu Latvi, baru-baru ini memperkenalkan pendekatan baru mengenai kereta sitaan di negara itu.

Pendekatan dimaksudkan ialah kereta hasil sitaan daripada pemandu mabuk akan didermakan kepada tentera di negara yang sedang berhadapan dengan konflik peperangan.

Idea ini berasal daripada pergerakan sosial Latvia yang dikenali sebagai konvojs/NGO Agendum di mana mereka telah menghantar lebih 1,000 kereta kepada tentera Ukraine.

Setakat ini pelaksanaannya masih dalam proses cadangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Latvia, Krisjanis Karin dan kementerian kewangan.

“Kami percaya bahawa kereta yang disita daripada pemandu mabuk di Latvia akan melengkapkan inisiatif ini,” kata kementerian kewangan Latvia.

Pada asalnya kereta itu akan dilelong oleh Perkhidmatan Hasil Negeri. Walau bagaimanapun, cadangan baru membolehkan mereka menderma kepada Ukraine secara sukarela.

Di Latvia, kereta yang dimiliki oleh pemandu mabuk boleh disita sekiranya melebihi paras had alkohol 1.5 per mg/dL, bersamaan dengan tahap alkohol dalam darah sebanyak 0.15 peratus.

Sepanjang tahun lalu, beberapa badan amal menyumbangkan bukan hanya kenderaan, malah wang serta bekalan kepada tentera Ukraine.

Untuk rekod, pengeluar seperti Ferrari, Porsche, dan Nissan menderma lebih satu juta euro kepada Ukraine. Manakala yang lain, termasuklah Pasukan Pedercini WSBK membantu dari segi pengangkutan bagi merealisasikan bantuan tersebut.

Google ads
Back to top button