Buletin

NISSAN ANGGAP PENJIMATAN BAHAN API TOYOTA RAV4 HIBRID TIDAK REALITISTIK

Membandingkan dan mempunyai kemahuan untuk mengeluarkan produk lebih baik berbanding pesaing adalah perkara biasa dalam perniagaan.

Hal ini juga terjadi pada Nissan dan Toyota di mana Nissan menyatakan penjimatan bahan api Toyota RAV4 hibrid adalah tidak realitistik.

“Saya rasa dengan penjimatan bahan api, ia adalah hal rumit. Kami akan menyerahkannya kepada anda untuk melakukan ujian.

“Tetapi daripada banyak artikel yang saya lihat untuk RAV4 Hybrid, ia hampir 4.8 liter untuk seratus kilometer,” kata pengurus produk Nissan Australia untuk X-Trail, Aleksandar Pecanac.

Sebagai perbandingan, Nissan X-Trail e-Power menggunakan enjin petrol untuk mengecas semula bateri lithium-ion onboard dan mendapat anggaran sekitar 6.1 liter setiap 100km, atau kira-kira 38.6 mpg.

Toyota RAV4 menggunakan sistem hibrid konvensional yang memberikan anggaran 4.7 liter bagi setiap 100km, atau bersamaan dengan 50 mpg, peningkatan penjimatan bahan api kira-kira 30 peratus.

Menurut timbalan pengarah Pusat Teknikal Nissan di Eropah, Adam Robertson, “X-Trail memacu seperti EV dan pelanggan menyukainya,”

Tambah Robertson, “EV mempunyai tahap kepuasan tertinggi dari segi pecutan. Kami juga tahu bahawa hibrid tradisional mempunyai kepuasan paling rendah.

“Oleh itu, kami mahu pelanggan mereka (Toyota) untuk melakukan ujian dan merasai e-Power.”

Nissan X-Trail e-Power telah dilancarkan pada musim gugur lalu di Jepun dan Eropah sebagai versi elektrik Rogue.

Bagaimanapun, pembuat kereta itu masih belum menyatakan sama ada dan bila ia akan membawa versi e-Power Nissan Rogue ke AS. Pada masa ini, laman web Nissan AS hanya menyebut e-Power pada Nissan Leaf.

Google ads
Back to top button