
PASCA PIALA DUNIA 2022 – QATAR DERMA LEBIH 3,000 BAS KEPADA LUBNAN
Piala Dunia 2022 telah pun melabuhkan tirainya pada 18 Disember lalu dengan menyaksikan Argentina berjaya merangkul kejuaraan buat kali ketiga.
Setelah menanggalkan semula stadium yang diperbuat daripada kontena dan disalurkan kepada Uruguay untuk digunakan pada Piala Dunia 2030, Qatar sekali lagi melakukan hal positif dengan membantu Lubnan dalam menangani krisis pengangkutan di negara tersebut.
Menurut kenyataan Menteri Kerja Raya kerajaan sementara Lubnan, Ali Hamiyeh, kepada laman web berita Al-Jadeed (melalui The Siasat Daily), “Semasa lawatan Perdana Menteri Najib Mikati ke Qatar baru-baru ini, beliau meminta kepada pegawai Qatar untuk memberikan sebahagian daripada bas yang digunakan untuk mengangkut penumpang semasa Piala Dunia Qatar ke Lubnan.”

Cadangan itu mendapat reaksi positif daripada Qatar. Cadangan tersebut dibuat berdasarkan cabaran semasa yang dialami Lubnan serta keperluan mendesak untuk menambah baik pilihan pengangkutan awam di sana.
Dengan 1,000 bas yang telah digunakan untuk membawa peminat secara percuma semasa kejohanan itu, Qatar turut menambah sumbangan dengan membeli sekitar 3,000 unit bas lagi.
Dengan kerjasama shoppingmode FIFA, Qatar merancang untuk meleraikan beberapa infrastruktur berkaitan Piala Dunia yang dibinanya dan mendermakannya kepada pelbagai negara membangun, terutama yang berdepan ekonomi mencabar.
- BACA: 1.2 JUTA PELANCONG MASUK KE QATAR UNTUK PIALA DUNIA. APLIKASI CAREEM TAWAR PERJALANAN ARAB SAUDI-QATAR, TAMBANG BERMULA RM1.2K
- BACA: QATAR AIRWAYS DAN AIRBUS BERGADUH SEBAB CAT PESAWAT A350 TERKOPEK. TUNTUT GANTI RUGI RM28 BILION
- BACA: NOMBOR PLAT LOGO PIALA DUNIA QATAR 2022 DIJUAL PADA HARGA RM2.2 JUTA
- BACA: ATAS PADANG POWER, DALAM GARAJ BERMEGAH – KOLEKSI KERETA MEWAH LIONEL MESSI CECAH RM260 JUTA