Buletin

SUZUKI HENTI EKSPORT KERETA KE RUSIA, UKRAINE

Suzuki merupakan antara pengeluar automotif terbaharu yang melaksanakan sekatan eksport ke atas negara Rusia dan Ukraine, susulan konflik antara dua negara itu.

Namun menurut laporan Reuters, sekatan tersebut tidak memberikan kesan kepada produksi Suzuki di kilang Hungary.

Wakil jurucakap Suzuki, Zsuzsanna Bonnar-Csonka memberitahu Reuters, “syarikat kami tidak mempunyai pembekal Tier 1 di kawasan tersebut, namun kami akan memantau keseluruhan rantaian bekalan secara berterusan.

Beliau menambah, masalah kekurangan cip yang melanda global masih lagi merupakan punca utama yang mengehadkan produksi Suzuki di Hungary.

Setiap tahun, Suzuki Hungary mengeksport kira-kira 10,000 unit kenderaan ke Rusia dan Ukraine, namun Suzuki merancang untuk mengalihkan jumlah tersebut ke pasaran lain. – Reuters

Google ads
Back to top button