Buletin

NISSAN DAKWA DATA PENGGUNAAN BAHAN API RAV4 HYBRID TIDAK RASIONAL

Tidak dinafikan, kehadiran trenkuasa hibrid pada zaman moden ini sememangnya dapat membantu menjimatkan penggunaan bahan api.

Namun, ada sesetengah pengeluar yang sengaja mempersembahkan angka yang tidak tepat semata-mata untuk menarik perhatian pengguna.

Nissan mendakwa angka penggunaan bahan api Toyota adalah tidak tepat untuk model RAV4 Hybrid 2023 apabila dibandingkan dengan Nissan X-Trail e-Power.

Untuk perspektif, Toyota RAV4 dengan sistem hibrid konvensional mencatatkan penggunaan bahan api serendah 4.7 liter/100 km, manakala Nissan X-Trail e-Power pula setinggi 6.1 liter untuk setiap 100 km.

Menurut pengurus produk Nissan Australia, Aleksandar Pecanac berkata, “untuk ujian penggunaan bahan api, ia satu perkara yang rumit. Kami akan serahkan kepada anda untuk melakukan ujian dalam dunia sebenar. Namun berdasarkan banyak artikel berkenaan RAV4 Hybrid, agak sukar untuk anda dapat angka 4.8 liter/100 km.” – Carsguide

Google ads
Back to top button