
DIPLOMAT TERPEDAYA DENGAN IKLAN KERETA MURAH – HASILNYA KOMPUTER KEDUTAAN KENA GODAM
BMW merupakan pilihan popular di kalangan kakitangan diplomatik dan sebab itulah ia dipilih oleh perisikan Russia untuk dijadikan umpan untuk menggodam komputer-komputer milik kedutaan Ukraine.

Ramai diplomat dikatakan telah membuka iklan yang memaparkan BMW terpakai dengan harga murah sekaligus membuka peluang kepada penggodam untuk mengakses komputer-komputer tersebut.
Cara perisikan terbaru ini cukup bijak dan mereka menggunakan iklan yang sah dalam laman web yang memaparkan sebuah BMW 5-Series F10 terpakai tahun 2011 yang kemudian dikongsi oleh seorang diplomat Poland.

Seorang penggodam dari unit ATP29 Russia kemudian menyedarinya dan segera memasukan perisian hasad sebelum ia sampai kepada diplomat lain.
Laporan Reuters menyatakan yang pemilik sebenar iklan itu menerima beberapa panggilan bertanyakan tentang kereta tersebut tapi dengan harga yang diturunkan ke USD8.3K (lebih kurang RM38K).
Rupanya harga tersebut telah diturunkan oleh penggodam Russia untuk memancing lebih ramai diplomat untuk membuka iklan tersebut. Perisian hasad dimasukkan pada galeri foto kereta tersebut menyebabkan komputer yang digunakan akan digodam sebaik sambungan ditekan.
Ia dikategorikan sebagai serangan siber dan dikenalpasti agensi keselamatan AS dan British berpunca daripada perkhidmatan perisikan luar Russia. Kumpulan yang sama dikatakan memulakan kempen menentang NATO, EU dan Afrika menggunakan perisian digital dan teknik yang sama membolehkan mereka dikenalpasti.
Hai diplomat pun terpengaruh dengan iklan kereta murah. Gaji kan dah besar.