Buletin

KIA DERMA EV6, MODEL YANG KE-10 JUTA KEPADA PEMBELI BERTUAH

Jenama Kia telah lama bertapak di Amerika Syarikat sejak daripada tahun 1993, dan kini mereka merekodkan pencapaian baharu dengan angka jualan yang mencecah unit 10 juta, iaitu sebuah Kia EV6 berwarna Runway Red.

Menariknya, Kia EV6 itu diberikan secara terus kepada pembelinya – Monti Charoenphong yang berasal dari California tanpa sebarang bayaran.

Selain itu, Kia juga turut bermurah hati memberikan akses percuma kepada acara seperti NBA dan juga Kia Forum kepada pembeli bertuah itu.

Bersempena dengan pencapaian itu juga, Kia turut mendermakan dana berjumlah $10,000 (RM43,965) kepada badan bukan berasaskan keuntungan termasuklah Alzheimer’s Association, St. Jude Children’s Research Hospital dan Freedom Service Dogs of America.

Google ads
Back to top button