Buletin

20,000 PEKERJA PELABUHAN WEST COAST TAK MAHU MUAT ATAU PUNGGAH KAPAL RUSIA

Kira-kira 20,000 pekerja pelabuhan enggan memuatkan atau memunggah mana-mana kapal serta kargo Rusia di 29 pelabuhan yang terletak di Pantai Barat, Amerika Syarikat (AS).

Kesatuan Pesisir Panjang dan Gudang Antarabangsa memaklumkan ia sebagai tindakan perpaduan bersama rakyat Ukraine.

Keputusan berkenaan dilakukan berikutan serangan ganas dilakukan Rusia terhadap orang awam di negara terbabit.

Biarpun, Rusia mengumumkan gencatan senjata bermula pagi Isnin dan pembukaan koridor kemanusiaan di beberapa kawasan, angkatan tentera negara itu masih menyerang bandar-bandar Ukraine malah beberapa pelancar roket terkena bangunan kediaman.

Pengumuman genjatan senjata berkenaan dilaksanakan sehari selepas ratusan ribu orang awam Ukraine cuba melarikan diri ke tempat lebih selamat untuk berlindung daripada serangan Rusia.

Para pegawai kedua-dua pihak merancang mengadakan rundingan kali ketiga pada Isnin ini. – abc7

Google ads
Back to top button